Jumaat, 23 Julai 2021

Pesanan Untuk Pembaca

          Kamu adalah orang-orang yang baik. Saya sangat bersyukur kerana dapat menulis dari selembar kertas hingga akhirnya menjadi sebuah buku. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi saya rezeki untuk berkongsi pengalaman saya.

          Saya ingin minta maaf jika saya tidak dapat menjadi yang terbaik. Saya ingin minta maaf jika saya bukan manusia yang terbaik. Maafkan saya jika saya ada kesilapan yang pernah saya lakukan sehingga menyakitkan hati kamu. 

          Pesanan saya, semoga kamu sentiasa sihat dan dibukakan pintu rezeki oleh Allah SWT seluas-luasnya. Saya percaya, kamu adalah orang yang baik. 

          Terima kasih 💖

Khamis, 1 Julai 2021

Rahsia Tentang Ikhlas

 Ikhlas 


          Ikhlas itu adalah niat. Niat bukan kerana manusia. Tetapi niat kerana Allah SWT. Jika kita mengungkit dan meminta-minta balasan. Itu bermakna kita tidak ikhlas. Orang seperti itu menolong bukan niat kerana Allah tetapi kerana ingin dibalas semula kebaikannya.

          Saya tidak ada kuasa untuk menyuruh orang lain mengikhlaskan apa yang telah mereka beri. Tetapi saya hanya ingin mereka mengerti makna ikhlas yang sebenarnya. 

          Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah hati mereka. Kerana Allah mampu membolak-balikkan hati seseorang hamba itu. Mungkin dari tidak ikhlas menjadi ikhlas dan dari ikhlas menjadi tidak ikhlas.

          Saya berharap mereka sentiasa diberikan hal-hal positif dalam diri mereka. Kerana telalu banyak orang yang tidak ikhlas di dunia ini. Apatah lagi hidup di zaman fitnah ini. Apa-apa yang berlaku semuanya penuh dengan kemunafikan.

          Semoga mereka diberikan hidayah dan dibukakan hati mereka. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi fizikal, namun kita dapat membantu dengan sebuah doa. Doa itu adalah kuasa dan senjata bagi orang mukmin. 

          Terima kasih.